Jangan bersifat hasad

Menulis nasihat pandai. Nak buat susah. Apa yg kita tulis apa yg kita cakap pasti diuji kan? Beberapa harini aku diuji. Cemburu Lihat adik berjaya meraih viewer yg ramai di tiktok dia. First time dia buat Tiktok shop, menjadi. 5 orang buyer membeli. Mudahnya jalan rezeki dia.. 😭Aku? dua 3 video seorang pembeli pun takda, apatah lagi viewer! 😭😭😭 Mula mula dulu aku yg berbesar hati tolong dia beri cara naikkan Content dari ilmu kelas yg aku belajar. Dan aku juga jadi bahan content dia. Sekarang dia dah berjaya dulu. Sekarang ni.. bila dia ajak aku, aku malas dah nak buat aku bagi alasan demi alasan, sebab dalam hati hitam aku ni, aku rasa kalau aku buat semata mata ntuk kesenangan dia, tapi aku tak dapat ape.. Teruk an aku 😭 Tapi bila time Content aku.. Minta dia ajar apa dia tahu, dia macam nak tak nak ajar aku.aku Sedih! sebabkan tu, aku semakin malas dan semakin tak ikhlas bantu dia. Aku jahat 😭 mana pergi sikap aku yg suka membantu dulu? Mana pergi perasaan aku nak lihat adik beradik lain berjaya? Aku pernah kena macam ni dgn kenalan satu bisnes. Lama aku oncall untuk terangkan dan ajar dia apa aku tahu. Tapi dia berjaya dulu. Bila dia dah berjaya, aku tanya cara dia..dia jawab sepatah dua je. Macam nak taknak!ya Allah sakitnya hati 😭 Sampai sekarang aku takkan bertanya lagi pada dia. Aku terpaksa hide kan story dan status dia dari penglihatan aku, untuk jaga hati dan sementara nak merawat hati yg semakin menghitam. Mungkin sebab terlalu suuzon, sebab tu hati aku sakit. Sampai kadang kadang aku berfikir.. Kita ni tak boleh jadi terlalu baik.. sebab bila baik ramai orang pergunakan kita. Tapi bila iman aku datang, iman aku kata ini ujian Tuhan, adakah kau benar benar ikhlas? Di kala mereka berjaya dan engkau tidak, adakah engkau dengki atau sama sama bahagia dan sama-sama mensyukuri? Tidak! Aku takda hati yg murni tu! 😭😭 Ya Allah aku nak tukar hati baru! Hati aku begitu kotor ya Allah!!! Sepatutnya aku mengucapkan syukur kerana kKau beri kepada dia kejayaan, dan berdoa moga diri ku ini dapat sedikit umbalan dariMu atas yg apa yg telah aku usahakan.. Bukan dengki! Tapi buat sesuatu biarlah kerana Illahi. Hanya harapkan imbalan darNya! Ya Allahhhh maafkan aku! 😭😭😭

Comments

Popular posts from this blog

Tak Adil